Kembali Ke Laman Utama

Monday, December 14, 2009

Kenali Naqib


Fasal pertama

Naqib (ketua halaqah/diskusi ilmu)


Erti naqib

Naqib ialah seorang yang diamanahkan untuk memimpin sesuatu usrah, halaqah didalam sesuatu organisasi yang mempunyai sifat perjuangan dakwah.


Pemilihan Naqib
Pemimpin organisasi dipelbagai peringkat adalah bertanggungjawab dalam pemilihan naqib dan naqibah. Pemilihan yang baik selalunya berlaku/ berdasarkan kriteria berikut:
  1. Mempunyai kefahaman yang baik dalam agama 
  2. Terlibat dan berpengalaman dalam saff kepimpinan
  3. Usia yang matang dan wara’
  4. Berkemampuan dalam bahasa arab atau lain-lain bahasa
Jika syarat-syarat ini tidak dicapai, maka carilah syarat-syarat yang lebih hampir kepadanya berdasarkan pertimbangan suasana, tempat dan keadaan kerana manusia itu tiada yang lengkap sempurna sifatnya.


Pembantu Naqib
Ia adalah perlu sekiranya naqib utama uzur dan mempunyai halangan lain. Oleh itu pembantu Naqib akan bertindak menggantikan tempatnya membawa usrah.


Naqib dan Kepentingan


Naqib merupakan faktor utama keberjayaan usrah. Oleh itu hendaklah Naqib ini mendidik dan memimpin dengan penuh rasa tanggungjawab dan sentiasa meletakkan kebergantungan dan tawakkalnya kepada Allah taala.


Ciri- ciri Naqib atau Naqibah
  • Mempunyai kefahaman yang baik dalam agama
  • Iman yang mendalam
  • Bersifat amanah
  • Keikhlasan yang tinggi
  • Beramal dengan ilmu
  • Syakhsiah yang terpuji
  • Mengenal jiwa seseorang dengan baik
  • Pergaulan yang baik
  • Menjauhi segala muhlikat(meragukan)
  • Sentiasa bermuhasabah dan bermujahadah
Usrah dan Harakah(beberapa panduan asas)- Ustaz Ya'qub Muhammad hussin, dewan pustaka fajar

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...