Saudaraku, hari ini adalah penentuan masa depanmu,
Jalan ini adalah menuju destinasi akhirmu,
Tatkala disisimu adalah teman-teman yang turut menjadi ujianmu,
Tika saat kau rebah, kau akan kenali siapa sahabat setiamu,
Semasa engkau leka, pasti engkau dihinggapi teman mengingatkanmu.
Kenangan lalu adalah saat yang berputar laju,
Mengelilingi putaran jam yang tiada lawannya,
Saudaraku, apabila engkau melihat jagalah pula hatimu,
Apabila engkau mengambil kenang pulalah dibawahnya,
Manusia yang selamat adalah dibawah jagaanNya,
Kerana yang pasti, yang putih tetap putih, hitam tetap hitam.
No comments:
Post a Comment