Kembali Ke Laman Utama

Monday, November 9, 2009

Taubat

Assalamualaikum wbt, sama-sama menghayati pesona dakwah melalui salah satu method muhasabah setiap insan dalam kehidupan. Artikel ini disalin daripada kitab MINHAJUL ABIDIN karangan Imam Ghazali RH.

Taubat
-Membersihkan hati dari segala dosa yang telah dilakukan dan dosa-dosa seumpama dengannya dengan mengagungkan Allah SWT dan takut akan perkara-perkara yang menjadi kemurkaan Allah SWT.

-Taubat adalah wajib ke atas orang-orang yang menjalankan ibadat. Seperti penjelasan Imam Ghazali dalam kitabnya Minhajul Abidin,

Sebab diwajibkan taubat itu ada 2:

Pertama: Agar kita taat

-Ini kerana, perbuatan dosa akan menghalang seseorang untuk taat, bahkan boleh menghilangkan pemahaman tauhid sehingga timbul perasaan untuk tidak mahu lagi berkhidmat kepada Allah, apatah lagi untuk melakukan kebaikan.

Kedua: Agar ibadat kita diterima oleh Allah SWT

Taubat merupakan asas untuk diterima Ibadat, dan kedudukan ibadat seolah-olah hanya sebagai tambahan. Ibarat seorang yang member pinjaman, dia tidak akan mahu menerima bunganya, jika pokoknya tidak dipenuhi.

Syarat-syarat taubat ada 4

1. Meninggalkan dosa dengan sepenuh hati dan sebulat niat.

-Yakni tidak akan mengulang kembali segala perbuatan dosa yang telah dilakukan. Jika terdapat kemungkinan pada suatu saat peluang untuk mengulang semula perbuatan dosa tersebut, maka ia belum dikatakan bertaubat. Demikian juga jika ragu-ragu untuk menghentikan perbuatan dosa. Perbuatan dosa yang dihentikan buat sementara waktu sahaja belum dikatakan bertaubat.

2. Menghentikan atau meninggalkan perbuatan dosa yang pernah dikerjakannya itu adalah menjaga bukan taubat.

3. Perbuatan dosa yang pernah dilakukannya harus setimpal atau seimbang dengan dosa yang ditinggalkan sekarang.

-Ini bermaksud, kaedah tegahan menghindari diri daripada melakukan dosa mestilah yakin meskipun dia masih mampu melakukan dosa tersebut.

4. Meninggalkan semata-mata kerana hendak mengagungkan Allah SWT dan bukan kerana yang lain,tetapi takut mendapat kemurkaan dan azab Allah yang pedih.

-Jika bertaubat hanya kerana takut dipenjarakan, ini beerti dia bertaubat kepada penjara dan bukan kepada Allah SWT.

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...