Kembali Ke Laman Utama

Saturday, October 17, 2009

jika hati sudah berbicara......

Allah berikanku pena, lalu kujadikannya sebagai pedang utk kutikam saudaraku,
Allah jadikan iblis,lalu dihantarnya kepadaku, lalu aku ditundukkan...
seandainya dunia ini dijadikan utk memujuk hatiku, sudah pasti kerosakan itu akan menjadikan driku sbg sbhgn manusia yg plg rugi

wahai neraka yg menanti kedatanganku, wahai syurga yang telah terlepas daripada pegangan tanganku,
jika benar taubat itu masih dibuka, benarkah aku ini layak untuk mendapatkan suatu barang yang tidak layak bagiku?

wahai sabar yang telah ku tinggalkan, wahai hati yang telah dirosakkan, jika engkau berpeluang datang menemui diriku, mka apakah engkau mengenali wajahku yang telah hodoh ini?

wahai kuasa yang telah ku kejari dan ku lari,  engkau telah membawaku ke lembah yang telah menjadi perangkap diriku,

wahai harta yang telah ku merdekakan, engkau tidak langsung membantuku, katamu dunia ini hanya sementara, namun engkau telah menyerahkanku pula kepada pemilik nafsu dunia, membiarkanku masuk ke dalam lorong gelap gelita.....


maafkanku wahai seluruh makhluk Tuhan, aku dilaknat kalian,
 kerana menjadikan nafsuku sbg tuan

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...