Kembali Ke Laman Utama

Daftar SSPN Di Sini

Tuesday, September 22, 2009

singgang ayam

salam...menu ni dipetik dari laman  www.sajionline.com.my/  selamat mencuba.....(ana pun blm penah masak menu ni, hanya tahu makan jer)...pada yg xtahu langsung bab memasak real ni(masa kecik main masak2 je,tu pun masak daun,batu,kayu),nah ini dia cara2nya...




BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam
750 ml santan cair
500 ml santan pekat
1 helai daun kunyit
2 helai daun limau purut
1 batang serai (ketuk)

BAHAN KISAR:

30 tangkai cili padi
30 biji lada putih
10 ulas bawang putih
5 cm kunyit
Garam


CARA MENYEDIAKAN:

1. Ayam dicuci bersih dan dibelah empat.

2. Satukan bahan kisar dan santan cair. Tuangkan ke atas ayam.

3. Bubuhkan daun kunyit yang disiat, daun limau purut dan serai. Tutup kuali dan biarkan ia mereneh di atas api yang kecil.

4. Setelah ayam empuk tuangkan santan pekat dan garam. Sesekali boleh dikacau kuahnya.

5. Tutup semula kuali dan biarkan kuah benar-benar kering.

2 comments:

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...