Kembali Ke Laman Utama

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, September 1, 2009

SALAHUDDIN AL-AYYUBI

SALAHUDDIN AL-AYYUBI


Dilahirkan di Tikrik, Iraq pada tahun 532 Hijrah bersamaan dengan 1138 Masihi dan wafat pada tahun 589 Hijrah bersamaan dengan 1193 Masihi. Beliau adalah pengasas Daulat Al-ayyubiyah dan bergelar Sultan Salahuddin. Merupakan seorang pahlawan ISLAM yang paling gagah berani dalam Perang Salib dan berjaya merebut kembali Baitul Maqdis dari tangan kaum Salib Kristian. Beliau lahir setelah hampir 40 tahun kaum Salib menduduki Baitul Maqdis. Keluarga beliau amat taat beragama dan berjiwa pahlawan. Ayahnya, Najmuddin Ayyub adalah seorang yang termasyhur dan beliau pulalah memberikan pendidikan awal kepada kepada Salahuddin.

Beliau terbilang sebagai pahlawan dan panglima ISLAM yang besar. Pada beliau terkumpul sifat-sifat berani, wara’, zuhud, pemurah, pemaaf, tegas dan lain-lain sifat terpuji. Sifat pemurah dan pemaafnya diakui kawan mahupun lawan.Seorang penulis sejarah mengatakan:”Hari kematiannya merupakan kehilangan besar bagi agama ISLAM bagi agama ISLAM dan kaum Muslimin, kerana mereka tidak pernah menderita semenjak kehilangan keempat-empat Khalifah yang pertama (Khulafaurrasyidin). Istana , kerajaan dan duniadiliputi oleh wajah-wajah yang tertunduk, seluruh kota terbenam dalam dukacita, dan rakyat meng ikuti keranda jenazahnya dengan tangisan dan ratapan.”Sultan Salahuddin adalah seorang pahlawan yang menghabiskan waktunya dengan bekerja keras siang dan malam untuk ISLAM.

Hidupnya sangat sederhana. Minumnya hanya air kosong, makanannya sederhana, pakaiannya dari jenis yang kasar, mengizinkan dirinya untuk dipanggil kedepan pengadilan, malah anak-anaknya diajarnya sendiri tentang ISLAM. Beliau sentiasa menjaga waktu-waktu solat dan mengerjakannya secara berjemaah. Dikatakan bahawa beliau sepanjang hayatnya tidak pernah terlepas daripada mengerjakan solat berjemaah, walaupun ketika sakit yang membawa kepada ajalnya. Sebaik saja imam masuk berdiri di tempatnya, beliau sudah siap di dalam saf. Beliau suka mendengar bacaan Al-Quran, Hadis dan ilmu pengetahuan. Dalam bidang hadis, beliau memang mendengarkannya secara teratur, sehingga beliau boleh mengenal jenis-jenis hadis. Hatinya sangat lembut dan pemurah, sering menangis bila mendengar hadis. Sudah menjadi kebiasaan bagi Sultan Salahuddin membacakan al-Quran kepada pasukannya menjelang pertempuran berlangsung. Beliau juga sangat disiplin mengqada setiap puasanya yang tertinggal dan tidak pernah lalai menunaikan solat lima waktu sepanjang hayatnya.

Sultan Salahuddin hanya meninggalkan warisan 1 dinar dan 36 dirham. Tidak meninggalkan emas, tidak mempunyai tanah atau kebun. Walhal berkhidmat pada kerajaan berpuluh tahun dan memegang jawatan sebagai panglima perang dan Menteri Besar sebelum menubuhkan Daulah Ayubiyyah. Kain kafannya adalah betul-betul daripada warisan beliau yang jelas-jelas halal dan sangat sederhana. Anak beliau yang bernama Fadhlal telah masuk ke liang lahad meletakkan jenazah ayahnya. Dikatakan bahawa beliau dikebumikan bersama-sama pedangnya yang dipergunakan dalam setiap peperangan agar dapat menjadi saksi dan dijadikannya tongkat kelak pada hari kiamat.

1 comment:

  1. salam.
    akhirnya update jga...

    pgisian y bgus...dpt meningkatkan smgt juang n ilmu bkaitan tokoh2 islam...

    ReplyDelete