PERINGATAN UNTUK SEMUA
FiQH SEMASA
Oleh: Abdullah Zaik Abd Rahman
Pengarah Pusat Penyelidikan llmu-Ilmu Islam
Pergaulan antara lelaki dan wanita "ikhtilat": Apa sempadannya?
Realiti hari ini menyaksikan manusia lelaki dan wanita telah bolos
daripada pegangan agamanya sebagaimana bolosnya anak panah dari
busarnya. Sifat, sikap, adab dan disiplin pergaulan jauh sekali
daripada ajaran Islam. Dalam fenomena seperti ini perkataan
ikhtilat "pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi" tentu sekali
menjadi persoalan yang mengancam kesejahteraan masyarakat dan
keutuhan agama.
Oleh kerana itu ulama-ulama Islam satu masa dahulu secara tegas
merrghukumkan masalah ikhtilat di sekolah, di pasar dan di mana-mana
tempat adalah haram. Wanita lslam pula dididik agar mengutamakan
rumah daripada pekerjaan. Oleh kerana itu isu wanita bekerja dan
apatah lagi berpolitik adalah satu isu yang ditegah pada satu masa
dahulu. Sejajar dengan Firman Allah yang bermaksud; Dan tetaplah
kamu di rumah-rumah kamu.
Apakah ikhtilat itu haram?
Fiqh semasa pada kali ini akan menghuraikan hukum pergaulan antara
lelaki dan perempuan dalam berbagai sempena dari segi dalil, skop
perbincangan dan batas-batas pergaulan. Contohnya wanita di tempat
kerja, di pasar, di pentas dan bergelut di bidang politik. Adakah ia
harus melakukan kerja-kerja yang seperti itu padahal dia terpaksa
bergaul, bercakap dan bersemuka dengan bukan muhram dan bukan kaum
sejenis mereka. Fenomena seperti ini diistilahkan oleh ulama kini
sebagai: "ikhtilat". Oleh itu untuk menghurai persoalan ini kita
perlu terlebih dahulu menghurai perkataan iktilat dari segi bahasa
dan syariat.
Bahasa
Dari segi bahasa, ikhtilat bererti: meramukan, menggaul sesuatu
dengan sesuatu yang lain yakni mencarnpurkannya.
Istilah
dalam perbahasan ini ialah: Percarnpuran wanita
dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada
dalam bentuk kumpulan atau bersendirian. Percampuran di satu tempat
selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain,
berpandangan dan bertegur sapa. Apa hukum ikhtilat dalam konteks
yang seperti?
Ikhtilat seperti yang dijelaskan pada asalnya adakah haram atau
halal? Untuk mengetahui jawapan, kita utarakan pertanyaan berikut:
Adakah wanita sepenuhnya seperti lelaki dalam bercampur dengan
lelaki ajnabi? Yakni adakah percampuran mereka dengan lelaki sama
dengan percampuran lelaki dengan lelaki, tanpa ada perbezaan?
Jawapannya ialah; Tidak, secara pastinya tidak. Tidak ada seorang
pun yang mengatakan bahawa pergaulan wanita dengan lelaki sama
dengan pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan
lelaki sesama lelaki adalah harus, tetapi pergaulan lelaki dengan
wanita tidak begitu. Maka kalau itu asasnya, pergaulan lelaki dan
wanita adalah haram, bukan harus.
Percampuran yang diharamkan
Setelah kita mengetahui asal hukum pergaulan antara leiaki dan
perempuan adalah haram, maka la adalah suatu perkara yang wajib
dihindarkan kecuali dalam keadaan terpaksa atau keperluan yang
mendesak. Syeikh Abd. Karim Zaidan dalam kitabnya `al-mufassat fi al-
mar ah' ynag masyhur menyebutkan contoh-contoh keadaan tersebut
seperti di bawah:
Pertama: Harus kerana terpaksa (dhorurah)
Ikhtilat yang berlaku kerana tekpaksa seperti yang disebutkan oleh
Imam Nawawi dengan katanya: Berkata ahli mazhab Syafei: Tidak ada
perbezaan dalam pengharaman khulwah (berdua-duaan) sama ada dalam
solat atau selainnya. Dikecualikan daripada hokum ini kedaaan-
keadaan dhorurat, seperti jika seseorang lelaki ajnabi mendapati
seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan
manusia tersebut jika dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika
itu wajib tanpa khilaf. Antara contoh dhorurah yang lain ialah
seperti seorang lelaki ajnabi melarikan wanita dengan tujuan
menyelamatkannya daripada diperkosa, jika itu adalah satu-satu jalan
untuk menyelamatkan wanita tersebut.
Kedua:Harus kerana keperluan(hajat)
Ulama berkata, hajat mengambil peranan dhorurah dalam mengharuskan
perkara yang haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang
dianggap mengharuskan ikhtilat antara lelaki dan perempuan.
1.Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh
syarak. Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa berjual-
beli, melakukan tawar-menawar, memilih barang dengan syarat tidak
berlaku khulwat (berdua-duaan) dan memelihara adab-adab pergaulan.
2.Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman. Wanita harus
menjadi hakim dalam perkara selain hudud di sisi Hanafiah dan dalam
semua perkara di sisi az-Dzohiriah dan Imam at-Tobari. Sudah
termaklum kerja sperti ini mengundang percampuran dengan kaum lelaki
yang terdiri daripada pendakwa, tertuduh, saksi dan lain-lain.
3. Ikhtilat kerana menjadi saksi. Islam mengharuskan wanita
menjadi saksi dalam kes berkaitan dengan harta dan hak-haknya.
Seperti dinyatakan dalam ayat akhir surah al-Baqarah. Menjadi saksi
akan mendedahkan diri kepada percampuran dengan lelaki ajnabi.
4. Ikhtilat kerana amar ma'ruf nahi munkar. Ibnu Hazmin telah
menyebutkan dalam kitabnya `al-Muhalla' bahawa Umar al-Khattab (r.a)
telah melantik al-Syifa' menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah
tentu beliau akan bercampur dengan lelaki ketika menjalankan
tugasnya.
5. Ikhtilat kerana melayan tetamu. Harus bagi wanita melayan
tetamu bersama suaminya dan jika ada alas an yang syarei seperti
tujuan memuliakan tetamu dan sebagainya walaupun terpaksa bercampur
dengan tetamu. Dalam hadis Bukhari, ada diriwayatkan bahawa Ummu
Usaid melayani Rasulullah (SAW) dengan menghidangkan makanan dan
menuangkan minuman untuk baginda (SAW).
6.Ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan
bersamanya. Harus bagi wanita makan bersama tetamu kerana tujuan
memuliakan tetamu atau tujuan lain yang syarei. Muslim meriwayatkan
kisah satu keluarga yang ingin memuliakan Rasulullah SAW dan
bertamukan baginda. Oleh kerana makanan yang sedikit, mereka
memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka makan bersama-sama
banginda. Ini bereri bahawa orang ansor dan isterinya itu duduk
bersama tetamu untuk makan bersama, walaupun mereka tidak makan,
kerana mengutamakan tetamu.
7.Ikhtilat dalam kenderaan awam. Harus bagi wanita keluar
rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang diharuskan, walaupun
terpaksa bercampur dengan lelaki ajnabi, seperti keluar untuk
menziarahi dua ibu-bapanya, membeli-belah dan ke hospital, meski pun
ia terpaksa menaiki kenderaan awam yang menyebabkan berlaku
percampuran dengan penumpang lain dari kalangan lelaki ajnabi, dia
mungkin dudukatau berdiri ditepinya. Percampuran ini diharuskan oleh
keperluan yang syarei.
8.Ikhtilat kerana kerja-kerja jihad. Antara contoh pergaulan
sewaktu jihad ialah seperti membawa air, merawat pesakit dan
seumpamanya. Semua perkara tersebut adalah harus dilakukan oleh
wanita kerana maslahah syariah. Bukhari menyebut dalam sahihnya
daripada Ar Rabei binti Muawwiz katanya: Kami bersama Nabi SAW
merawat pesakit, memberi minum dan menghantar jenazah yang terbunuh
ke Madinah.
9.Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat. Antara
suasana yang diharuskan , ikhtilat dengan tujuan mengajar agama
kerana Bukhari meriwayat¬kan bahawa Rasulullah (s.a.w.)
keluar pada satu hari raya dan sembahyang dua rakaat. Setelah
selesai solat baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati
mereka dan menyuruh mereka bersedekah, bersama baginda ialah Bilal.
10.Ikhtilat dalarn suasana yang teiah menjadi adat kebiasaan.
Tersebut dalarn kitab Muwatta persoalan: Adakah harus bagi wanita
makan bersama hamba atau lelaki bukan muhramnya? Berkata Malik:
Tidak ada halangan pada perbuatan tersebut, jika dalam ruang uruf
bahawa wanita makan bersama lelaki tersebut. Kadang-kadang wanita
makan bersama suami dan mereka yang sering makan bersama suaminya.
Antara contoh yang berlaku pada zaman ini ialah percampuran sewaktu
menziarahi sanak saudara atau rakan taulan.Dalam suasana yang
seperti in i akan berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan
dalam satu bilik, makan pada satu meja dan sebaginya. Ini semua
diharuskan selama terpelihara adab-adab Islamiah.
Adab-adab dalam bergaulan antara lelaki dan wanita
Walaupun pergaulan dibenarkan oleh syariat dalam suasana terpaksa
dan keperluan, namun Islam telah meletakkan adab-adab dan disiplin
dalarn pergaulan lelaki dan wanita. Perkara-perkara inilah yang akan
mengekang sikap-sikap serong dalarn pergaulan antara wanita ajnabi
dan lelaki. Kita perlu rnengukur adakah pergaulan kita sekarang ini,
sama ada di tempat kerja, dalam kenderaan awam, ketika rnembeli
belah, bersiar-siar, berpolitik, amal-amal sosial, aktiviti-aktiviti
luar dan lain-lain bertepatan dengan ajaran dan prinsip agama kita
Islam. Sikap yang tidak mengikut lunas-lunas Islam lambat laun akan
mengundang akan kecelakaan.
1.Adab yang perlu dijaga oleh telaki dan perempuan.
Ucapan yang makruf dan sopan.
Firman Allah: Dan ucaplah kata-kata yang makruf. Maksudnya, mereka
ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada
pandangan susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia.
•Menundukkan pandangan.
Dalam surah an Nur menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan masing-rnasing khususnya dalarn suasana takutkan fitnah.
•Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak.
Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah
(s.a.w.) setelah memberi salam beliau tidak terus bangun. Ini untuk
memberi peluang kepada wanita keluar dahulu. Ibnu Syiahab az-Zuhri.
•Tidak berkhalwat (berdua-duaan).
Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah (s.a.w. )
bersabda: Janganlah sekali-kali seseorang lelaki bersendirian dengan
seorang wanita kecuali jika ia mahramnya.
•Menghindari tempat shubhat.
Sabda Rasulullah SAW: Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu.... (Riwayat Bukhari)
2. Adab khas untuk wanita
•Iltizam dengan pakaian Islam,
Firman Allah: Wahai Nabi katakanlah kepada isteri dan anak-anak
perempuan kamu supaya melabuhkan jilbab mereka. Dan firmannya lagi:
Janganlah kamu bertabarruj(bersolek) sebagaimana kaum jahiliah
bertabrruj.
•Serius dalam ucapan. Tidak ‘’`mengada-ngada’’’` atau bermanja-
manja dalam percakapan.
Firman Allah: Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanja-
manjakan) percakapan, yang menyebabkan mereka yang sakit hatinya
terdetik untuk menggodamu.
•Menjaga pergerakan.Tidak harus mereka rnemperlihatkan liuk
lituk dan lenggan lenggok yang menggoda. Firman Allah: Janganlah
mereka menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang
mereka sembunyikan.
No comments:
Post a Comment