Kembali Ke Laman Utama

Daftar SSPN Di Sini

Friday, September 18, 2009

khalifah umar abdul Aziz dengan Pelitanya

Dalam lipatan sejarah Islam, terdapat 2 orang khalifah agung dimana kedua-duanya bernama Umar. seorang darinya bernama Umar bin alkhattab manakala seorang lagi bernama Umar bin abdul Aziz.
menariknya, Umar Abdul Aziz ini merupakan cicit kepada Umar bin alkhattab. pada suatu malam, khalifah umar bin abdul aziz sedang menyemak rekod wang perbendaharaan wang negara di pejabatnya.
beliau meniliti dengan sempurna rekod-rekod itu dengan menggunakan cahaya sebuah pelita minyak kecil, cukup sekadar untuk kegunaan beliau seorang.

sedang beliau menyemak rekod tersebut, beliau terdengar pintu pejabatnya diketuk dan kedengaran suara orang memberikan salam.
"siapa?" beliau bertanya tanpa membuka pintu. "saya anakanda, ayahanda," suara anak lelakinya menyahut.
"ada apa?" tanya beliau, namun masih tidak bingkas untuk bangun membuka pintu pejabatnya, "bonda menyuruh anakanda datang sebab ada masalah," jawab anak lelakinya.
"masalah apa?" tanya si ayah. "bukalah dahulu pintu ini ayahanda, biarkan saya memasukinya terlebih dahulu," kata si anak.
" baiklah, tunggu sekejap, ayahanda hendak membuka pintu,"kata khalifah Abdul Aziz.
sebelum beliau bangkit, beliau meniup api pelita hingga padam menyebabkan suasana bilik pejabatnya gelap gelita. khalifah teraba-raba mencari pintu lalu segera membukanya.
"masuklah," kata si ayah dalam suasana kegelapan itu, "ayahanda, mengapa dipadamkan cahaya pelita itu? bagaimana kita hendak berbual bicara dalam gelap ini?" tanya anaknya itu.
"nampaknya begitulah. kalau kita hendak berbicara didalam bilik ini,terpaksalah kita berbicara dalam suasana gelap," kata khalifah umar lagi.
"mengapa pula begini ayahanda?" tanya si anak lagi kehairanan. "bukankah anakanda tahu ini bilik apa,"
"ya, ini adalah pejabat ayahand," jawab si anak. "siapa ayahanda wahai anakanda?" "ayahanda adalah khalifah negara, raja bagi sekalian orang-orang Islam," jawab sianak.
"itulah sebabnya, kita terpaksa berbual bicara didalam gelap didalam bilik ini," "tapi mengapa pula ayahanda?"
"pelita itu dinyalakan dengan minyak yang dibeli menggunakan wang negara, wang rakyat. anakanda datang kemari sebab hendak membincangkan urusan keluarga kita," kata si ayah.
"pejabat ini tempat ayahanda menjalankan tugas-tugas negara dan untuk kepentingan rakyat. kita tidak boleh menggunakan harta rakyat untuk menguruskan hal-hal keluarga kita,"sambungnya lagi.
"jawatan ayahanda ini adalah AMANAH Tuhan, di akhirat kelak ayah akan disoal, bagaimanakah nantinya ayah hendak memberikan jawapan? kata khalifah Umar bin Abdul Aziz kepada anak lelakinya itu.

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...