Kembali Ke Laman Utama

Daftar SSPN Di Sini

Sunday, September 6, 2009

INZAR BUAT MUJAHID

Sahabatku,

Ingatlah ketika mana kamu menghayunkan langkah pertemuan ke kancah perjuangan ini, kam tidak pernah dijanjikan dengan sebarang kemewahan dan keuntungan duniawi, sebaliknya kamu akan mewarisi segala mehnah perjuangan iaitu kesusahan dan penderitaan. Semuanya itu sebagai kayu pengukur untuk menentukan kejayaan kamu sama ada kamu akan terus bersama perjuangan ataupun sebbaliknya. Ingatlah kata-kata seorang pendita Waraqah bin Naufal ketika wahyu pertama di turunkan kepada nabi (s.a.w) “ kaummu pasti mengusirmu”. Memang benar setiap nabi yang membawa risalah pasti menerima ujian dalam bentuk penyeksaan dari kaun sendiri. Namun begitu, keyakinan dan kepercayaan mereka terhadap Allah yang esa tidak sedikit pun merudah keimanan mereka. Oleh itu, wahai pendokong risalah benamkanlah segala lipatan sejarah lalu itu dalam sanubarimu, biar ia terus membara dan membakar jiwa yang lemah dan agar nur jihad terpancar di dalam dirimu untuk bersama-sama sof mujahid.

Awas serta ingatlah.......
Mujahid dakwah memerlukan jutaan kesabaran dan pengorbanan kerana jalan yang dilaluinya pasti menempuhi duri dan ranjau yang kekadangnya kita rebah di pertengahan jalan. Dan ... sudah pastinya kita dilambai-lambai oleh tangan-tangan yang sasa yang bersedia menghayun ke badan lemah, pintu penjara, bilik kurung kecil yang tersedia ternganga, peluru maut dan tali gantung yang sedia menanti.

Fiman Allah taala yang bermaksud ; “Apakah kamu mengira akan masuk ke syurga sedangkan kepadamu balum datang sebagai apa yang didrtitakan oleh orang yang terdahulu daripada kamu iaitu mereka yang ditimpa kesengsasaraan. Kemelaratan dan kegersangan sehingga rasul bersama orang yang beriman mengatakan : Bilakah datangnya pertolongan Allah ? Ingatlah ...... sesungguhnya pertolongan Allah sudah dekat.


Wahai Sohibud Dakwah..........
Jalan menuju syurga bukannya mudah. Telah terbentang dalam lipatan sejarah pembuktian pengorbanan perwira-perwira mujahid yang terpaksa mengalir air mata darah serta nyawa sebagai tebusan sebagaimana yang berlaku kepada Hassan Al- Banna Syed Qutb dan pejuang-pejuang islam yang lain. Semua ini dilakukan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan illahi dan kecintaan mereka terhadap akhirat yang menjanjikan kemenangan dan kemulian iaitu syurga yang mengalirnya sungai-sungai serta nikmat yang pelbagai lagi. Begitulah jika diteliti bagaimana Syed Qutb mengarang kitab “Fi Zilal Quran” yang terpaksa meringkuk dalam penjara api demi semangat jihadnya untuk mengajak menusia kwmbali kepada Allah meskipun berada dalam penjara. Antara lain beliau menyebut “ Aku sayangkan kitab ini. Aku menulis kitab ini dengan air mata darah, maka bacalah ia”

Kemudian perhatikan imam Ahmad Ibnu Hambal dalam menegakkan kebenaran di hadapan seorang raja yang zalim meskipun terpaksa menahan kesakitan akibat di pukul di belakangnya sehingga mengalir darah sebelum du humban de halam penjara. Namun beliau tetap bertegas, “ JIKA SEORANG YANG TAHU, DIAM KERANA HENDAK MENYELAMATKAN DIRINYA, MAKA ORANG YANG TIDAK TAHU AKA TERUS TIDAK TAHU, BILAKAH KEBENARAN ITU AKAN DINYATAKAN”.

Mujahid Jamaluddin Al- Afghani pada abad ke -14 pernah menyebut “KETAHUILAH, SEKIRANYA AKU DI PENJARA, MAKA PENJARA ITU SEBAGAI TEMPAT AKU MENGHAMPIRKAN DIRI DENGAN ALLAH, JIKA AKU DIBUANG NEGERI, MAKA AKU BERPELUANG MELAWAT NEGARA LAIN, DAN JIKA DI BUNUH, MAKA SENTUHAN SYAHID YANG AKU CITA-CITAKAN”.

Jesteru itu, marilah kita sama-sama menghadapi pahit getir perjuangan ini. Meskipun terpaksa mengadaikan jasad sebagai umpan untuk menyemarakkan lagi api perjuangan islam iaitu mati syahid, untuk mencari bedadari di dalam syurga yang sedia menanti dengan senyuman.
Inilah satu ganjaran yang paling manis dianugerahkan Allah pada hamba-hambanya yang berjuang di jalannya.

2 comments:

  1. salam...
    tersentuh dgn kata2 Imam Ahmad...
    jka dibandingkan dgn dunia hari ini, ramai org y faham islam y hanya mendiamkan dr drpd menyatakan kebenaran...lebih kpd menjaga peribadi msg2... mmg, berkata benar itu pahit... smg kita dijauhkan dr sifat sbgini n mencontohi imam Ahmad.

    ReplyDelete
  2. hidup ini memang payah,
    kadang senang kadang susah..
    kadang gelap kadang cerah...

    ReplyDelete

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...