Kembali Ke Laman Utama

Daftar SSPN Di Sini

Sunday, September 20, 2009

Batasan Aurat dan Pergaulan Muslimin/Lelaki dan Muslimat/Perempuan


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera dari penulis, pada kali ini penulis ingin berkongsi satu maudhu' yg dipetik daripada buku Manhaj Usrah Pas Peringkat Ta'arif 2 bertajuk Batasan Aurat dan Pergaulan Muslimin/Lelaki dan Muslimat/Perempuan tajuk ke-7 dimuka surat 121.




Cara pergaulan Lelaki dan Perempuan (Surah An-nur ayat 30-31)

1. Tundukkan pandangan
2. Tidak boleh bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram
3. Tidak mendedahkan perhiasan tubuh badan mereka, dan tidak tidak harus kecuali kepada:

• Suami
• Bapa mertua
• Anak kandung
• Anak tiri(anak suami)
• Saudara lelaki dan anaknya
• Perempuan beriman
• Hambanya/orang gaji*
• Kanak-kanak kecil yang belum baligh

4. Melabuhkan tudung kepala supaya leher dan dada tertutup
5. Jangan bertutur dengan suara yang manja
6. Jangan berjalan menghentak kaki
7. Jangan memakai wangian yang melampau


Hikmah wanita diwajibkan menutup aurat

 Untuk menutup pintu fitnah
 Untuk menghindarkan kegiatan maksiat yang berpunca daripada mata
 Menolong seseorang daripada terlibat dengan dosa dan menjejaskan imannya.
 Bagi membezakan wanita Islam yang rosak akhlaknya/wanita kafir
 Sebagai ujian iman keatas umat Islam.

Bentuk pakaian perempuan yang beriman

 Harus menutup semua badan kecuali muka dan tapak tangan
 Tidak nipis sehingga nampak kulit
 Tidak ketat sehingga menampakkan bentuk anggota badan dan menampakkan bahagian yang menimbulkanfitnah dan syahwat
 Tidak memakai pakaian yang dipakai oleh lelaki dan kelihatan seperti lelaki

soalan kepada diri anda...
Siapakah TOKOH anda...?



No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...