1.Bangkitlah kamu untuk menunaikan solat bilamana kamu mendengar laungan azan dikumandangkan walau macam mana keadaan kamu sekalipun.
2.Bacalah al-Quran, atau kajilah, atau dengar bacaannya, atau ingatlah Allah, dan janganlah kamu gunakan satu juzuk waktu kamu pada sesuatu yang tidak berfaedah.
3.Berusahalah untuk bercakap di dalam bahasa arab yang betul kerana yang demikian itu adalah termasuk daripada syiar-syiar Islam.
4.Janganlah kamu memperbanyak berdebat pada perkara apa sekalipun, kerana pertengkaran (perdebatan) itu tidak akan mendatangkan kebaikan.
5.Janganlah kamu banyak ketawa, kerana hati yang berhubung dengan Allah itu sikapnya ialah tenang dan khusyu’.
6.Jangan kamu bergurau, kerana sesungguhnya umat yang berjuang tidak tahu kecuali kesungguhan.
7.Janganlah kamu mengangkat suara kamu lebih daripada apa yang diperlukan oleh pendengar kerana ia merupakan kebodohan dan menyakitkan.
8.Hendaklah kamu menjauhi umpatan terhadap seseorang dan memburukkan keadaan seseorang, dan jangan kamu bercakap melainkan yang baik.
9.Kenalilah sesiapa yang kamu temui daripada kawan-kawan kamu, sekalipun ia tidak menuntut kamu untuk melakukannya, kerana asas dakwah kami ini ialah cinta dan berkenalan.
10.Kewajipan itu lebih banyak daripada waktu, maka bantulah orang lain daripada kamu untuk mengambil manfaat dengan waktunya, dan sekiranya bagimu ada sesuatu yang penting untuk kamu nyatakan, maka ringkaskanlah dalam menyelesaikannya.
No comments:
Post a Comment