Kembali Ke Laman Utama

Monday, October 5, 2015

Bekas Gantang Baghdad Negeri Terengganu



Bekas gantang baghdad bagi kegunaan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu di Jabatan Baitulmal.

Sukatan gantang bagi negeri Terengganu bagi menentukan kadar timbangan untuk penentuan harga zakat fitrah. Ia mungkin sedikit berbeza dengan negeri-negeri lain jika anda sedar ada sedikit perbezaan timbangan tepat untuk menentukan berat bagi timbangan, tetapi tidaklah terlalu besar.

Bagi negeri Terengganu, 1 Gantang bersamaan dengan 2.6 kilogram..
1 Gantang pula bersamaan dengan 4 cupak.
1 Cupak pula bersamaan dengan 650 gram atau 0.65 kilogram.

Kadar fitrah bagi negeri Terengganu dikeluarkan 3 senarai harga merangkumi 3 kategori peratusan beras hancur iaitu 5% - 10% dan 15%. Bagi 2,6 kilogram beras mengikut kategori tadi akan dikeluarkan setiapnya kadar fitrah.

Manakala, Fidyah yakni bayaran yang dikenakan bagi meninggalkan puasa bulan ramadhan boleh diketahui dengan mengetahui harga secupak beras. Sehari ditinggalkan puasa perlu dibayar fidyah secupak beras. 

1 Cupak beras bersamaan 0.65 kilogram atau 650 gram.

Maka untuk mengetahui harga fidyah ialah dengan mengambil kadar fitrah kemudian dibahagi 4 (merujuk kepada 4 cupak kerana 1 gantang bersamaan 4 cupak)

Sebagai Contoh kadar fitrah tahun 2015 negeri Terengganu adalah seperti di bawah:

1.Rm 7.60 (5% beras hancur)
2.Rm 6.80 (10% beras hancur)
3.Rm4,60 (15% beras hancur)

Fidyah berdasarkan jenis beras biasa dimakan. Jika kadar pertama bayar fitrah, maka fidyah pula boleh ditentukan dengan;

Rm7.60 / 4cupak = Rm1.85

Maka harga fidyah beras pertama ialah Rm1.85 Secupak.

Kaedah penentuan harga beras ialah dengan membuat "survey" ke  kedai-kedai borong utama yang menjual beras untuk pasaran. Dan harga jualan akan ditentukan berdasarkan purata jualan seluruh daerah di negeri Terengganu, (Terengganu mengandungi 8 buah daerah termasuk Kuala Nerus).

Berkenaan fidyah meninggalkan puasa, penulis menyatakan bahawa serahan afdhal adalah dengan mengagih sendiri beras kepada kumpulan faqir dan miskin.

Fidyah hanya diserahkan kepada faqir dan miskin adalah dalam bentuk beras (makanan asasi) dan bukannya wang tunai. Persoalan tentang pembayar membayar fidyah di Majlis Agama ialah, Majlis Agama berkenaan yang menerima bayaran tunai daripada pembayar, dan kemudian Majlis Agama akan membeli beras untuk diagihkan kepada faqir dan miskin,

Berbeza halnya dengan zakat, di mana fidyah afdhalnya diagih sendiri, manakala zakat afdhalnya adalah melalui Majlis Agama yang menguruskan asnaf keseluruhan dan bukannya 1 atau 2 kumpulan asnaf sahaja, 

Sekian.
Mohd Azlan bin Kahlid

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...