Kembali Ke Laman Utama

Sunday, October 8, 2017

Zakat Emas Negeri Selangor

Kaedah Kiraan Zakat Emas & Perak:

Emas Perhiasan Wanita (اَلْحُلِّى)

  • Iaitu emas yang digunakan untuk perhiasan badan wanita, perkakasan atau perabot sama ada digunakan sekali-sekala atau berterusan. Emas perhiasan wanita wajib dizakat apabila jumlah beratnya melebihi ‘uruf(adat kebiasaan). Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram (kadar uruf semasa).
  • Contoh:
    [(Berat emas – Uruf) x harga emas semasa x 2.5%]
    (900 gram – 800 gram) x RM144.38 = RM14,438 x 2.5% = RM360.95

Emas Bukan Perhiasan غَيْرُالحُلِّى )

  • Iaitu emas yang dimiliki bukan untuk tujuan perhiasan sama ada dalam bentuk matawang, jongkong, tempa, barang kemas dan seumpamanya.
  • Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan wanita. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram.
  • Contoh:
    Timbangan emas x harga semasa x 2.5% = Jumlah Zakat
    100 gram x RM144.38= RM14,438 x 2.5% = RM360.95
Emas Bercagar
  • Emas yang digadai adalah milikan sempurna dan wajib dizakatkan setelah ditolak nilai pinjaman dan upah simpan.
  • Contoh:
    [(Berat emas semasa x harga semasa) – Nilai Pinjaman – Upah Simpan] x 2.5% = Jumlah Zakat
    [(200 gram x RM144.38= RM28,876) – RM10,000 – RM76] x 2.5% = RM470

Perak

  • Bagi logam perak, samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak (disimpan sebagai perhiasan di rumah), maka pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nisab bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih
  • Contoh:
    600 gram perak x RM2.45(segram pada 30 April 2014) x 2.5% = RM36.75

Pelaburan Emas Tanpa Fizikal Tidak Patuh Syariah

    Pelaburan emas tanpa fizikal tidak patuh Syariah (ditaksirkan zakat simpanan)
    Pelaburan ini menggunakan nilai harga emas semasa sebagai sandaran pelaburan mereka kerana pihak institusi sebenarnya tidak memiliki emas secara fizikal.
    • HukumHukum pelaburan seumpama ini adalah tidak sah dan haram. Ia termasuk dalam kategori jual beli sesuatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli sesuatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya. Akadnya batil kerana tidak mencukupi syarat termeterai akad dari sudut kelayakan bertransaksi dan subjek yang diakadkan.
      Segala keuntungan yang diperolehi daripada pelaburan ini adalah haram. Jadi ianya tidak wajib dizakatkan.Walau bagaimanapun, modal atau pokok pelaburan adalah harta yang halal. Oleh itu, jika ia melebihi Nisab, maka zakat wajib dikeluarkan sebanyak 2.5% daripada jumlah modal tersebut.
      Manakala dalam keadaan Akad Fasid kerana tidak mencukupi syarat sah / rukun jual beli , tetapi diakhiri dengan berlaku proses qabd (pindah milik) , maka diwajibkan zakat ke atasnya kerana status pemilikannya adalah sempurna. Iaitu wajib zakat (atas kedua – dua prinsipal dan keuntungan) untuk transaksi yg akadnya fasid tetapi disertai qabd.

Status Zakat Terhadap Pelaburan Emas Tidak Patuh Syariah

Jenis Akad
Keterangan
Status Pemilikan
Status Zakat
Akad Batil
 Akad yang tidak mencukupi syarat termeterai akad dari sudut kelayakan bertransaksi dan subjek diakadkan
Tidak Sah
Tidak Wajib
Akad Fasid tanpa Berlaku Qabd
Akad yang tidak mencukupi syarat sah jual beli dan tidak diakhiri dengan qabd
Tidak Sah
Tidak Wajib
Akad Fasid dan Berlaku Qabd
Akad yang tidak mencukupi syarat sah jual beli, tetapi diakhiri dengan qabd
Sah
Wajib

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...