Kembali Ke Laman Utama

Monday, January 5, 2015

Pendeposit/Penyimpan Dalam Bank Islam Perlu Bayar Zakat Bermula 2015


1. Jika saya membuka/mempunyai akaun deposit/pelaburan di Bank Islam, adakah saya perlu membayar zakat di atas deposit/pelaburan saya itu?

Ya, sebagai Muslim, bermula tahun taksiran zakat 2015, anda perlu membayar zakat sendiri di atas deposit/pelaburan anda di Bank Islam dan bank-bank lain.
Anda boleh membayar di pusat kutipan zakat negeri atau ejen kutipan zakat yang dilantik oleh pusat kutipan zakat negeri. Bank Islam juga merupakan salah satu daripada ejen kutipan zakat. Tertakluk kepada persetujuan yang mungkin berbeza-beza di antara Bank Islam dan pusat kutipan zakat negeri masing-masing, anda boleh membayar zakat menerusi kaunter cawangan, perbankan internet serta perkhidmatan TAP-i Bank Islam.

2.  Bagaimana dengan deposit/pelaburan saya di Bank Islam bagi tahun 2014? Adakah saya perlu membayar zakat deposit/pelaburan?

Bagi tahun taksiran zakat 2014, Bank Islam membayar zakat perniagaan ke atas pendapatan termasuk pendapatan yang diperolehi daripada penggunaan deposit/pelaburan pelanggannya yang telah menjadi sebahagian daripada modal kepada aktiviti perniagaan bank. Oleh itu, pihak pelanggan tidak perlu membayar zakat ke atas deposit/pelaburan.

3. Kenapa Bank Islam menukar kaedah pembayaran zakat dan meminta pemegang akaun deposit/pelaburan membayar sendiri zakat bermula tahun taksiran zakat 2015?

Bermula tahun taksiran zakat 2015, Bank Islam akan melaksanakan kaedah pengiraan zakat yang disarankan dalam Manual Pengurusan Zakat Perbankan terbitan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) iaitu bank membayar zakat di atas dana pemegang saham dan dana selain daripada dana pendeposit sahaja. Manual juga menyarankan supaya pemegang akaun deposit/pelaburan membayar sendiri zakat ke atas deposit/pelaburan mereka. Manual JAWHAR ini juga dipersetujui oleh semua pusat zakat negeri-negeri.

4. Bagaimanakah cara untuk saya mengira nilai zakat simpanan/pelaburan saya?

Anda boleh menghubungi pusat kutipan zakat negeri masing-masing untuk mendapatkan panduan lengkap tentang pengiraan zakat deposit/pelaburan anda.

Sumber: http://www.bankislam.com.my/home/ms/maklumat-zakat/  

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...