Kembali Ke Laman Utama

Wednesday, April 3, 2024

DOA MAJLIS KAKITANGAN AWAM 4


بسم الله الرحمن الرحيم

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahiim,

Pada pagi yang mulia ini,kami menadah tangan memanjatkan kesyukuran kepada-Mu Ya Allah, kerana mengizinkan kami untuk berada dalam majlis_______________________________________

Ya Badi’as Samawati Wal Ardh,

Kami memohon kepada-Mu ya Allah, bimbinglah kami, agar kami dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami sebagai warga kerja Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)  yang berintegriti, cekap, berdedikasi dan berwibawa serta berwawasan tinggi dalam menyempurnakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh kejujuran, keikhlasan, ketelusan dan kebijaksanaan bagi mendaulatkan kesucian agama, memelihara amanah bangsa dan negara seterusnya membawa kemajuan dan kejayaan kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang kami kasihi ini.

Ya Quddus Ya Salaam,

Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah pendengaran kami , sejahterakanlah penglihatan kami .

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan dengan usaha-usaha kami ini akan melahirkan asbab manfaat kepada mereka yang memerlukan, menjadi payung kepada mereka memohon perlindungan dengan keizinanMu, Lindungilah kami dari segala keburukan dan keaiban,

Ya Sami’ Ya Basir,

Tuhan yang Maha Mendengar dan menjawab Segala Permintaan

Tanamkanlah ke dalam diri kami sifat kesungguhan

Engkau lazimilah diri kami mengamalkan budaya kerja cemerlang

Dengan memberikan pemikiran yang positif dan istiqamah

Sentiasa berupaya membezakan yang buruk juga yang bermanfaat

Menjalankan segala amanah dan pertanggungjawaban

Agar setiap pekerjaan kami lakukan mendapat keberkatan

 

رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً  إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA MAJLIS KAKITANGAN AWAM 3


بسم الله الرحمن الرحيم

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن

 

Ya Allah Ya Mu’iz Ya Mudzil Wa Ya Munzilal Barokah,

Kami berhimpun pada hari ini menadah tangan berdoa memohon rahmat dan Inayah dari-Mu. Kami memohon kepada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis __________________________ ini berjalan seiring dengan barokah yang Engkau kurniakan buat kami, Kurniakan kepada kami anugerah dari limpahan rahmatMu, semoga dengan rahmat itu,Engkau berikan petunjuk kepada kami, Engkau perkukuhkan perpaduan kami, Perbaiki urusan Agama dan dunia kami agar kami dapat melaksanakan ibadah kepadaMu dengan penuh ketaatan.

Ya Allah Ya Ghafur Ya Syakur,

Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai sama ada dalam perkhidmatan kami seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

 

Ya Sattaru Ya Alim,
Tuhan yang Maha Mendengar dan menjawab segala Permintaan

Kepada Engkaulah kami panjatkan permohonan

Engkau kurniakanlah kepada kami keupayaan,

Kebijaksanaan , berfikiran kreatif untuk membangun modal insan yang cemerlang

ke arah kemajuan untuk membantu asnaf yang terbela,

 

Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid,

Jadikanlah kami penjawat awam yang sentiasa bersyukur atas segala pemberian nikmatMu,  Jadikanlah kami pekerja sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi diri dan prestasi mereka dalam melaksanakan amanah tugas mahupun ketrampilan peribadi kami.

 

رَبَّنَا اغْفِرْ لِنا وَلِوَالِدَينا وَلِلْمُؤْمِنِينَ والمؤمنات إلى يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

 

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN KAKITANGAN AWAM 2

 

بسم الله الرحمن الرحيم

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن

 

Ya Allah Ya Dzal Jalali Wal Ikram,

Kami berhimpun hari ini bagi menjayakan Majlis ______________________________________

Maka kau permudahkanlah majlis ini supaya ia berjalan dengan lancar diiringi keberkatan dariMu,

Ya Fattahu Ya Haliim,

Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmu-Mu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai hamba-Mu yang engkau redhai dan sebagai kakitangan awam yang memikul amanah. Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami ilmu-Mu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya kami selaku penjawat awam mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.

Ya Muqaddim Ya Mu’akkhir,

Kami memohon kepada-Mu agar khidmat bakti kami ini sentiasa diberi petunjuk dan hidayah dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Bukakanlah pintu hati kami untuk menjadi insan kamil, yang Ikhlas berkhidmat sentiasa sanggup menghadapi rintangan dan cabaran demi menjana dan memartabatkan agama, bangsa dan negara melalui khidmat kami di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan,

اَللّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذِهِ الْقُلُوْبَ، قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مَحَبَّتِكَ، وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ، وَتَوَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ، وَتَعَاهَدَت عَلَى نُصْرَةِ شَرِيْعَتِكَ. فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا، وَأَدِمْ وُدَّهَا، وَاهْدِهَا سُبُلَهَا، وَامْلَأَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِيْ لاَ يَخْبُوْا، وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الْإِيْمَانِ بِكَ، وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ وَاَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ، وَأَمِتْهَا عَلَى الشَّهَادَةِ فِيْ سَبِيْلِكَ. إِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْر،ِ اَللَّهُمَّ أَمِيْنَ.

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة  وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة وَقِنَا عَذَابَ النَّار

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA MAJLIS KAKITANGAN AWAM


بسم الله الرحمن الرحيم

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن

Ya Allah Ya  Rahman, Ya Rahiim,

Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini bersempena dengan Majlis

_______________________________________________________, bagi menyatakan kesyukuran di atas kurniaanMu yang tidak ternilai. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur sama ada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah kepada kami .

 

Ya Allah Ya Malikal Mulk,
Ya Tuhan kami yang memiliki segala kekuasaan dan kemuliaan, kurniakanlah taufik dan hidayahMu kepada kami, restuilah perancangan kami, bimbinglah kami dengan petunjukMu yang berterusan. Pimpinlah kami sekalian ke jalan yang lurus dan benar yang membawa kepada ketenteraman dan kesejahteraan. Hindarkanlah kami sekalian dari segala marabahaya dan sifat-sifat yang mazmumah. Selamatkanlah kami sekalian dari perselisihan yang boleh membawa perpecahan dan kebinasaan.

 

Ya Hafiz Ya Muqit,

Anugerahkanlah kepada kami kekuatan dan keupayaan untuk merangka strategi dan dasar perbincangan bagi mencapai kecemerlangan dan keberhasilan gerak kerja kami.

Kurniakanlah jua kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, ummah dan negara Malaysia.

 

أَللّٰهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هٰذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا وَلَا تَجْعَلْ فِيْنَا وَلَا مِنَّا شَقِيًّا وَلَا مَحْرُوْمَا

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Sunday, December 31, 2023

DOA PROGRAM SAMBUTAN HARI INTEGRITI MAIWP TAHUN 2023

DOA PROGRAM SAMBUTAN HARI INTEGRITI MAIWP TAHUN 2023

Bismillahirrahmanirrahiim,
Alhamdulillahi robbil 'alamin wassholatu wassalamu 'ala rasulillah wa'ala aalihi wa ashabihi ajma'in.

Ya Allah,
Pada pagi yang mulia ini,kami menadah tangan memanjatkan kesyukuran kepada-Mu Ya Allah, kerana mengizinkan kami untuk menjayakan PROGRAM SAMBUTAN HARI INTEGRITI MAIWP TAHUN 2022

Ya Allah Ya Fa’alun Lima Yurid
Kami dengan rendah hati menadah tangan/ memohon doa restu daripadaMu,limpahkanlah rahmat dan hidayah dari sisiMu, agar kami sentiasa di bawah pimpinan dan petunjukMu. Permudahkanlah urusankami dan berkatilah majlis ini. Mudah-mudahan segala usaha dan amal yang kami laksanakan ini akanmendapat kejayaan dalam keredhaan, taufik serta inayahMu.

Ya Hayyu Ya Wakil
Kami memohon perlindungan daripada-Mu dari rasa keluh kesah dan kecewa, sikap lemah, malas dan sambil lewa serta hilang tumpuan dalam melaksanakan kewajipan perkhidmatan /  yang telah kami terima taklifan dipertanggungjawabkan.

Bimbinglah kami ya Allah, untuk membentuk citra identiti penjawat awam berintegriti, dengan menjauhi perbuatan rasuah, meletakkan nilai yang luhur  dan moral yang telus dan tulus, yang menjadikannya perkara yang pertama dan utama dalam penyampaian perkhidmatan kami  sebenar-benarnya 

Ya Allah kurniakanlah dalam diri kami, hati-hati yang ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu dalam setiap pekerjaan kami.

Jadikanlah kami semua sentiasa berusaha dengan gigih/ dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi/ dalam pelbagai bidang / mahupun ketrampilan peribadi yang luhur, dedikasi dan penuh berintegriti/dalam mentransformasi MAIWP,ummah dan negara ini ke arah yang lebih unggul dan cemerlang.
 
اللهم أرنا الْحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اتباعه وَأَرِنَا الْبَاطِلَ باطلاً وَارْزُقْنَا اجتنابه

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Wassallahu ala saidina Muhammad waala alihi wasohbihi wasallam walhamdulillahi rabbil alamin

Sunday, October 15, 2023

Mutiara Kata Haraki


"Selagi kamu menyediakan diri beramal untuk Islam di medan yang telah kamu pilih, aku mewasiatkan kamu supaya kamu menjadi pembangun,bukan peruntuh. Pada waktu itu wajib ke atasmu memikirkan bidang yang kamu ceburi. Berkhidmat untuk Islam dengannya & ketepikanlah perselisihan, sesungguhnya membangun adalah seribu kali lebih baik daripada meruntuhkan.......
Hassan Albanna...

Doa Membeli / Menerima Kenderaan Baru


Assalamualaikum wbt

Doa ini sempena penerimaan sumbangan Van Jenazah disumbangkan oleh Syarikat UMW Toyota di Shah Alam kepada Persatuan Khairat Kematian Masjid Nahdhah al Islam Seksyen 18 Shah Alam dibaca oleh U. Mohd Azlan dalam majlis penyerahan sumbangan.
Semoga bermanfaat.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

ﺍﻠــﺤـﻤﺪ ﷲ ﺮﺐ ﺍﻠـﻌـﺎﻠـﻤــﻳـﻦ ﻮﺍﻠـﺻـﻼﺓ ﻮﺍﻠـﺴﻼﻢ ﻋـﻠﻰ أﺸـﺮﻒ ﺍﻷ ﻨﺒـﻴﺎﺀ ﻮﺍﻠﻤــﺮﺴـﻠـﻴـــﻦ  ﺴـﻴـﺪ ﻨـﺎ ﻣـﺤـﻤـﺩ ﻮﻋـﻠﻰ ﺍﻠـﻪ ﻮﺻﺣـﺒـﻪ ﺃﺠـﻤـﻌـﻳـﻦ.

ﺍﻠـﻠـﻬـﻢ ﺍﻔـﺘـﺢ ﻋـﻠـﻴـﻨﺎ ﺃﺒـﻮﺍ ﺏ ﺍﻠـﺧـﻴـﺮ ﻮﺃﺒـﻮﺍ ﺏ ﺍﻠﺒـﺮﻛـﺔ  ﻮﺃﺒـﻮﺍ ﺏ ﺍﻠـﻧـﻌـﻣﺔ ﻮﺃﺒـﻮﺍ ﺏ

ﺍﻠـﺮﺯﻖ ﻮﺃﺒـﻮﺍ ﺏ ﺍﻠﻘـﻮﺓ ﻮﺍﻠــﺴـﻼ ﻤـﺔ ﻮﺍﻠـﺟـﻨـﺔ٠

ﻴــﺎﺍﷲ ﻴـﺎ ﺮﺤـﻤـﻦ ﻴـﺎ ﺮﺣـﻴﻢ

اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ

Ya  Allah, jadikanlah majlis pemyampaian sumbangan ini sebagai pendorong untuk kami membuat amal kebajikan kepada mereka yang memerlukan. Bukakanlah pintu hati kami semua dengan menjadikan amalan seperti ini sebagai satu amalan yang berterusan lagi mendapat keredhaan –mu ya Allah.



 اللَّهُمَّ إِنِّا ﻨسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ، وَﻨعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَمِنْ شَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ  

Ya Allah, kami memohon kepadamu kebaikannya dan kebaikan yang Engkau jadikan ia berada di atasnya dan kami berlindung denganmu daripada kejahatannya dan kejahatan yang Engkau jadikan ia berada di atasnya. 

Ya Allah, kurniakanlah kesihatan buat mereka, para penyumbang, penderma, yang mewaqafkan sebahagian harta dunia mereka untuk agama-Mu dan manfaat orang ramai. Dengan kesihatan yang baik, lebih banyak manfaat mereka boleh kongsikan buat orang lain lagi'.

اللهم بارك لهم فيما رزقتهم
واغفر لهم وارحمهم

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا

وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّاوَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.

Ya Allah, jadikanlah pertemuan kami ini sebagai satu  pertemuan  yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang terpelihara daripada sifat-sifat mazmumah lagi terkeji.

 

. رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Saturday, April 15, 2023

Bayar Zakat Fitrah Di Sini

https://ezakat.maidam.gov.my/online/payfpx.php

Klik Link Di Atas

Bayar Zakat Fitrah di sini untuk membantu asnaf-asnaf negeri Terengganu.


Kadar Bayaran Per Individu

Rm8

Rm10

Rm24


#ZakatMembawaBerkat

#BantuAsnaf

#RukunIslam


Semoga kita mendapat barakah dan asnaf asnaf terbela

Friday, February 3, 2023

Kuliah Subuh di Masjid Nahdah al Islam Shah Alam : Ketenangan Yang Hakiki





الحَمدُ لِله, الحَمْدُ لِلهِ رَبِّ العَالِميْنَ وَ بِهِ نَسْتَعِيْنُ عَلَى اُمُورِ الدُنْيَا وَالدِّيْنِ وَ الصَّلاةُ وَ السَّلاَمُ عَلَى أَشرفِ الأَنْبِيَاءِ وَ المُرْسَلِيْنَ وَ عَلَى ألِهِ وَالصَّحْبِهِ أَجْمَعِيْنُ. أمَّا بَعْدُ.


YBhg Tuan Imam , bilal, Jawatankuasa Masjid Nahdah Al Islam, Ybrs Tn Hj Malik, ahli kariah muslimin muslimat sekalian

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, marilah sama2 kita merafakkan rasa syukur ke hadrat Allah swt di atas nikmat iman dan Islam serta jutaan nikmat yang mengizinkan kita berkumpul dalam satu majlis ilmu pagi ini.

Tuan puan yang dirahmati Allah sekalian, tajuk tazkirah kita pada pagi ini ialah “ketenangan yang hakiki”yang saya rangkumkan kupasan daripada kitab Al Iman Wal Hayah karangan Almarhum Prof Dr Yusuf Al Qardhawi rh. Tajuk yang Nampak ringan tetapi natijah kepada kehidupan kita sangat memberikan kesan yang besar. Perkataan ketenangan juga boleh dikaitkan dengan perihal keamanan, ketenteraman,bahagia lawannya runsing gelabah, huru-hara. Kata pengarang, ketenangan atau kebahagiaan itu merupakan syurga impin setiap orang dan tidak ada seorangpun yang menginginkan kesengsaraan dalam hidupnya.

Tuan puan yang dirahmati Allah swt, saya mulakan sesi ini dengan sama2 menghayati pesan Nabi saw di dalam sebuah hadis yang berbunyi:

 

مَنْ كَانَتْ الدّنْيَا هَمَّهُ فَرّقَ اللَّهُ عَلَيْهِ أَمْرَهُ وَجَعَلَ فَقْرَهُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ وَلَمْ يَأْتِهِ مِنَ الدُّنْيَا إِلاَّ مَا كُتِبَ لَهُ وَمَنْ كَانَتْ الآخِرَةُ نِيّتَهُ جَمَعَ اللَّهُ لَهُ أَمْرَهُ وَجَعَلَ غِنَاهُ فِي قَلْبِهِ وَأَتَتْهُ الدُّنْيَا وَهِيَ رَاغِمَةٌ

“Barang siapa yang menjadikan dunia sebagai keinginannya, maka Allah akan jadikan urusannya terceraiberai dan ia akan menjadikan kefakiran berada di hadapan kedua matanya, sedangkan dunia tidak akan datang kepadanya kecuali apa yang telah dituliskan untuknya. Dan barang siapa yang menjadikan akhirat sebagai niatnya, maka Allah akan mengumpulkan urusannya, dan menjadikan kecukupan dalam hatinya dan dunia akan datang kepadanya sedang dia merasa tidak memerlukan kepadanya.”

[H.R Ibnu Majah, dishahihkan Al Albani dalam Ash Shahihah]

 

Tuan puan yang dirahmati Allah swt,

Ketenangan adalah sifat fitrah manusia maka ia boleh dimiliki oleh semua orang tanpa mengira bangsa atau agama. Namun, ketenangan pada peringkat fitrah adalah bersifat sementara. Mungkin di awalnya ia merasakan nikmat, kemudian berangsur2 hilang diganti dengan perasaan gelisah, dan rasa bimbang. Fitrah kemanusiaan itu kosong, tidak dapat diisi dengan  mendapatkan ilmu semata-mata.

Ramai orang mencari bahagia, tetapi yang ditemuinya kekecewaan dalam hidupnya kerana yang diinginkannya ialah kebendaan dan keseronokan dunia untuk memenuhi kehendak nafsunya. Apakah kebahagiaan itu terletak pada mengumpulkan harta benda, kekayaan dan harta,pakaian makan minum kediaman dan kenderaan? Tapi kadangkala yang dah serba serbi cukupnya pun masih belum bahagia dalam hidupnya. Malah, manusia yang demikian senangnya serba serbi cukupnya, masih hidup susah, berkeluh kesah, mengeluh dan kesal serta ada yang berputus asa sehinggakan ada yang membunuh diri lantaran merasakan sulit dan kepayahan hidupnya. Pengarang membuat kesimpulan kenyataan bahawa rahsia di sebalik kesusahan dan kegelisahan itu hanya satu, iaitu ketiadaan iman.

Maka di sini timbul persoalan, “mengapakah orang beriman lebih berhak merasakan ketenangan jiwa dan ketenteraman hati?” sedangkan secara logiknya manusia boleh merasakan kedamaian jiwa apabila dia bijak menguruskan pembahagian tugas dengan masa yang ada padanya, tidak kira sama ada dia seorang Islam ataupun bukan. Mengapa orang yang tidak beriman tidak boleh memiliki ketenangan atau kedamaian jiwa yang hakiki?

Jawapannya hanyalah iman yang dapat memancarkan ke dalam hati manusia sumber sumber kebahagiaan, kerana orang yang beriman itu ialah apabila memiliki sifat redha, maka dia akan menerima segala ketentuan dengan ikhlas. Umpamanya jika dia kehilangan insan yang dia sayang dalam hidupnya, dan dia redha, nescaya ketenangan hadir pada dirinya, dan dia tidak merungut atau menyesal malah insaf akan tujuan hidupnya.

Tenang itu bukan terletak pada fizikal tubuh badan kita, tetapi tenang itu letaknya di hati. Tetapi ketenangan di hati juga tidak akan tercapai jika fizikal tubuh badan kita tidak tenang.

Tenang dalam solat ertinya khusyuk. Makanya ketenangan dalam solat tidak akan tercapai sekiranya banyak pergerakan kita dalam solat.

Mana mungkin kalau kita tengok raut wajah orang yang stress, muka  Nampak macam nak marah, buat kerja kelam kabut, sampai kesihatan pun terjejas tiba-tiba dia kata takpelah janji hati saya tenang. Sebenarnya Hati yang tenang akan membuatkan tubuh badan kita tenang, fikiran kita tenang, ucapan kita tenang, hidupnya tenang. Maka penting sekali kita melatih tubuh badan kita,pancaindera kita untuk tenang. Ni tidak, nak pergi solat masuk masjid pun berlari nak kejar imam sebelum rukuk, tak perlu pun tuan tuan, tak perlu pun kita nak tergesa-gesa.

Di satu sisi yang lain pula Imam Hassan Al-Banna mengatakan bahawa “Kewajipan itu lebih banyak dari waktu yang ada.” Banyak urusan kerja yang tidak selesai menyebabkan kita tidak tenang.

logiknya, apabila berhadapan dengan banyak persoalan dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan tentulah seseorang itu sukar untuk mempunyai jiwa yang tenang. Selagi tanggungjawab tersebut tidak diselesaikan secara lumrahnya agak mustahil untuk dia merasa tenang. selagi manusia itu tidak berhenti bernafas, selagi itulah masih wujud perkara yang perlu difikirkan dan nak diselesaikan. Maka di sini timbul persoalan, bagaimanakah seseorang manusia boleh memiliki ketenangan jiwa? Dalam kitab karangan almarhum Dr Yusuf Al Qardhawi yang terkenal iaitu fiqhu awlawiyat ada menerangkan dengan berkesan bagaimana sesebuah keutamaan tugasan itu perlu difahami oleh seorang muslim, antaranya mendahulukan perkara yang sangat penting, kemudian perkara penting, kemudian perkara kurang penting. Contoh orang nak buat majlis kahwin, booking jurunikah dulu ke cari dewan? Dua dua penting tapi mendahulukan yang lebih penting bergantung kepada situasi.

Adakah harta kekayaan, kemasyhuran atau segala nikmat yang wujud di dunia ini boleh menjadi mekanisme alat yang baik bagi seseorang manusia dapat memiliki ketenangan jiwa? Sebenarnya, semuanya ini memang memungkinkan. Sebab itu ada pepatah kata, duit bukan segala-galanya tapi segala2nya memerlukan duit.

Simbolik pada makna ketenangan hakiki ialah ketenangan jiwa. Jiwa yang sentiasa tenang tidak akan gelisah, bimbang atau,takut,malah dia sabar dan redha apabila berdepan dengan musibah, dan jiwa yang tenang akan melahirkan rasa syukur dan berterima kasih apabila menerima nikmat dan pemberian dari Allah s.w.t. (Tanya apa itu anxiety)

Ketenangan jiwa itu adalah sesuatu yang disimpan oleh Allah untuk diberikan kepada orang-orang pilihanNya. Ketenangan jiwa atau nafs mutmainnah ialah tingkatan kerohanian insan paling tinggi. Jiwa yang tenang akan lahir apabila seorang yang beriman kepada Allah s.w.t itu kekal istiqamah melakukan kebaikan amal salih, dan menjauhkan diri dari melakukan atau mendekati perkara-perkara kemungkaran. Allah taala berfirman:

Sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu). Dan sugguh rugi orang yang mengotorinya.”     (Asy-Syams: 7-10)

DEMO AIR SIRAP

Dan ciri-ciri istimewa yang pasti dimiliki oleh mereka yang beriman, dia tiada konflik dalam diri mereka antara istilah “jikalau” dan “seandainya”. Kalau kita sering menyalahkan takdir,

Pengeluhan dan kekecewaan adalah punca utama mengapa manusia lazimnya terhalang jauh dari memiliki ketenangan jiwa. 

Seterusnya tuan puan,

Ketenangan adalah keadaan yang dialami jiwa yang telah suci dari kotoran-kotoran duniawi. Ketenangan adalah bahagian dari kebahagiaan yang hakiki. Ia muncul saat seorang hamba dekat kepada Allah. Tidak ada satu pun hal di dunia ini yang membuat jiwa kita tenang kecuali Allah Swt. Bahkan Allah telah mengingatkan kita dalam firmanNya (QS. Ar-Ra’d: 28)

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
Artinya : “Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan berzikir (mengingat) Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram”.

Salah seorang ulama salaf berkata, “Sungguh kasihan orang-orang yang cintakan dunia, mereka (pada akhirnya) akan meninggalkan dunia ini, padahal mereka belum merasakan kenikmatan yang paling besar di dunia ini”. Maka ada yang bertanya, “Apakah kenikmatan yang paling besar di dunia ini?” Ulama ini menjawab, “Cinta kepada Allah, merasa tenang ketika mendekatkan diri kepada-Nya, rindu untuk bertemu dengan-Nya, serta merasa bahagia ketika berzikir dan mengamalkan ketaatan kepada-Nya”. (Dinukil oleh imam Ibnul Qayyim dalam kitab “Igaatsatul lahfaan”, 1/72)

 

Di sini suka saya berkongsi dengan tuan puan hadirin hadirat yang dirahmati Allah akan pesan para ulama
Dawaa u qalbi khomsata asyia’

  • 1)      Qiraatul Quran Bit tadabbur ( kita menghayati dan merenung sehingga meresap makna ayat al-Quran itu ke dalam hati.)
  • 2)      Qiyamullail
  • 3)      Kasrotul istighfar
  • 4)      Mujalasati solihin (Duduk Bersama para solihin)
  • 5)      Khola ul bathon (kurangkan makan)

Allah swt mengajarkan bahawa kebahagian, ketenangan di dunia yang disebut kehidupan yang baik hanyalah akan diperoleh dengan keimanan dan amal perbuatan yang baik sebagaimana firmanNya di dalam surah an Nahal : 97

مَنْ عَمِلَ صَـٰلِحًۭا مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌۭ فَلَنُحْيِيَنَّهُۥ حَيَوٰةًۭ طَيِّبَةًۭ ۖ وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ

Ertinya: Barangsiapa mengerjakan kebajikan, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka pasti akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan akan Kami beri balasan dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.

Akhir sekali sebelum menutup sesi tazkirah ini, kesimpulannya – Apabila kita Menyerah Kepada Setiap Takdir Allah Bukanlah ianya Sifat Pengecut, Tetapi Yakin Ada Kebaikan Yang Menunggu Dihujung Jalan

Berdamai dengan takdir Allah akan membawa ketenangan dalaman dan kebahagiaan hati yang tak pernah kita rasakan.

La haula wala quwwata illa billah”

– Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah

 

Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum wrb

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...